Salam mak & abah,

Tak tahu macamana nak cakap depan-depan, jadi Dayat buat mini website ni.

Haritu mak ada tanya, apa plan lepas ni. Kalau ikutkan dalam kepala ni, memang banyak plan nak buat apa dengan hidup. Tapi dalam banyak-banyak plan yang ada tu, kesimpulan dia akan jadi satu sahaja.

Backstory-nya dah start lama lebih kurang lepas COVID, mula banyak fikir lebih kurang dalam tahun 2022 macam tu. Hujung 2023 nak masuk 2024, kepala makin berat fikir. Masa ni still dekat INVOKE lagi dan masa tu, semua benda nampak OK, kerja memang rancak. Lepas election 2022, masa tu benda start "rasa lain".

Dah mula borak-borak dengan kawan, cakap pasal masa depan. Bagi diorang tahu, oh ini rupanya plan Cip (nama panggilan masa dekat INVOKE). Basically, corporate life Dayat ends there. Dalam kepala fikir, taknak dahlah kerja dalam dunia korporat ni. Nak buat benda sendiri. Ada juga sikit elemen nak "hilang" dari dunia digital (social media, etc.) Kalau tak hilang terus pun, orang akan nampak a totally different side.

Bila borak-borak kosong dengan kawan, diorang tak faham. Ramai persoalkan balik, but why? Lepas tu dalam kepala ni pula fikir balik, apa yang diorang tak faham? Simple je kan? Basically stop everything and restart something new. Almost macam retire juga.

Lepas tu benda pun makin spiral down.

Tiap hari balik kerja, penat yang lain macam. Padahal dekat office, takdalah buat apa sangat pun. Nothing physical. Makin lama makin menjadi-jadi rasa-rasa tu. Tak tahu sebab apa. Rasa kosong. Rasa lost. At some point, mungkin rasa-rasa ni semua terbawa-bawa ke rumah. Tapi tak sedar, sebab rasa normal je kot. Rupanya takdalah normal mana, memang abnormal. Tercari-cari jawapan, tak jumpa.

Lepas tu pergi jumpa Dr Hazli.

First time haritu, jawap je macam biasa soalan-soalan yang Doktor tanya. Doktor explain some traits yang dia nampak. Macam ada neurodivergent, High-Functioning Depression, ada autism dan ada Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Tapi Doktor kata semua ni mild je dalam spektrum. And at the same time Doktor kata, "you also mask it well." Second appointment few weeks ago, Doktor conclude dengan ADHD dan prescribe ubat. Setakat ni ubat-ubat tu semua ada different dose each week, nak tengok ada kesan ke tak dalam sebulan ni.

Ada satu soalan Doktor tanya yang melekat dalam kepala: "why are you here?"

Summary yang Doktor conclude-kan, kira perfect-lah kot: to make sense of things.

Reason kenapa penat.

Reason kenapa fikir nak "retired".

Reason kenapa Dayat tak faham kenapa orang yang tak faham dengan cara Dayat look at things, plans and what not. Reason kenapa dulu masa dekat INVOKE, Dayat tak faham kenapa orang tak boleh nak follow exactly cara Dayat kerja.

Semua ni berbalik dekat neurodivergent, ADHD and autism.

Doktor kata, cara kepala Dayat function tak sama macam orang biasa function. In terms of kerja, ADHD take over. Sebab tu most of the time, bila kerja, Dayat boleh fokus kerja 5-6 hours non-stop and lost track of time. Masa dekat INVOKE, I'm known as someone yang boleh siapkan design cepat. Lagi-lagi yang berat macam design report 30-40 page, boleh siapkan in couple of days. Dan staf-staf Dayat dulu tak boleh nak follow. Usually dorang akan ambil masa 2 minggu paling laju. Bila diorang tak boleh follow, dalam kepala ni persoal, kenapa tak boleh? Dah siap bagi all the blueprints, follow step by step je, sama kan.

Rupanya tak, sebab ADHD tu, Doktor kata. Sel-sel otak dalam kepala ni berhubung cara yang tak normal. Mini website ni, The Farm, Studio HDJ, less in 2 days dah ada rupa walaupun content belum 100%. Tipikal website developer, dulu masa dekat INVOKE pun, diorang perlukan minimum 2 weeks. Tapi selalunya akan jadi more than 1 months. Website baru Gading Marine, seminggu dah ada structure.

Poinnya ialah, benda ni jadi sebab ADHD. Bila mood sampai, hiperfokus sampai lost track of everything, tak makan, minum, tiba-tiba dah 5-6 jam berlalu. Tapi, walaupun boleh siapkan cepat, lepas tu autism pula take over.

Mini website ni start, minggu lepas balik dari Sandakan, siap dua hari.

Mesej Dayat tulis ni, rasanya ni versi yang kelima.

Tulis, revise. Delete. Tulis balik, revise.

Sebab dalam kepala Dayat, rehearse every scenario yang boleh terjadi bila Dayat share link ni dekat mak & abah. Versi pertama mesej yang Dayat tulis, akan dibaca semula 2-3 kali dan imagine, respon yang mak & abah akan bagi. To the smallest detail sampaikan Dayat boleh imagine word by word apa yang mak/abah cakap. Then it goes on and on juga untuk versi kedua, ketiga sampailah Dayat rasa, versi ni paling OK. Macam dengar drama dalam radio, macam tulah tiap hari dalam kepala Dayat. Tapi bukan 1-2 benda je, kadang-kadang, benda simple macam nak order kopi dekat kedai pun, jadi macam ni.

Even sebelum jumpa Doktor first time haritu pun, Dayat dah create conversation dalam kepala, bila Doktor tanya soalan ni, jawap macam ni. Lepas tu dalam kepala akan imagine lagi, OK ke jawap macam ni, atau jawap macam ni, guna perkataan ni? So end up, satu soalan akan ada 2-3 jawapan berbeza. Tapi problemnya, Dayat tak jumpa pun Doktor lagi. So macamana boleh tahu or imagine apa yang Doktor akan tanya?

Itu memang features autism, kata Doktor.

Belum cerita lagi lepas dah jumpa Doktor. On the way balik driving dari Shah Alam ke Enstek, Dayat replay balik the whole conversation yang baru jadi tadi. Lepas tu siap boleh imagine a different answer. Lepas tu soal diri sendiri, "kenapalah tak jawap macam ni tadi!"

Sebab tu you selalu exhausted by the end of the day, kata Doktor. Semua pre-rehearse, post-conversation, all this preparation is mentally draining. What's even worse, you prepare for every single imaginary scenario to the worst case. The worst case ni selalunya get into the head, tapi, benda tu tak jadi pun lagi! So macamana you nak tahu what will happen kalau tak go through it yet, kan? And you also absorb everything. Every tiniest detail you perasan. Dari luar nampak diam, buat hal sendiri, tapi tiba-tiba, tahu je gosip dalam office, betul?

That last part tu, banyak jadi masa dekat INVOKE. Bila kena buat year-end appraisal, most of the time, team members akan pelik macamana Cip tahu semua ni padahal nampak macam Cip jenis tak ambil tahu (looks from the outside). Semua kritikan, komen diorang accept sebab diorang tahu its true. Pernah ada orang respond, Cip, kau boleh baca fikiran orang ke?

Exactly, itulah features autism, conclusion Doktor.

Cuma, very mild in the spectrum. And sebab dah dewasa, Doktor kata, you've found some ways to deal with it and mask it very well. Tapi it can still be very, very exhausting and at the same time, it doesn't make sense sebab you tak faham. Itu yang makin lama rasa makin jauh, makin numb, makin hilang arah. Sebab tak fully faham, kenapa jadi macam ni?! And because of the pre-rehearse, best case to worst case possibility tu juga, your coping mechanism is to eventually just be non-confrontational. Sebab dah imagine the worst case in your head, might as well just ignore je dari hadap. But, it doesn't solve anything in the long run.

By the end of the second session, Doktor tanya final question: what's your plan now?

Saya nak rehat Doktor.

Walaupun there's nothing much happening in my life, saya constantly rasa penat. Bangun dari tidur lama, penat. Tidur kejap, penat. Duduk tengok Netflix, lepak dalam bilik pun penat. Driving hadap jem tiap-tiap hari, penat yang tak boleh nak describe. Most of the time, rasa macam kebas pun ada. Kosong juga sikit, maybe.

So, benda apa yang buatkan you tak rasa semua ni? Is there anything?

Ada doktor. Bila saya balik kampung, Batu Kikir or pergi tanah dekat Port Dickson yang abah saya ada bela kambing and baru tanam pokok durian. Bila dekat dua tempat ni especially, my mind works differently. There's always some ideas brewing, nak buat inilah, nak buat itulah. Macam-macam idea. Itu yang saya tiba-tiba buat logo and website The Farm tu. Numbness yang rasa all the time tu macam hilang. Kerja saya as Creative Director ni pun ada buat saya rasa macam tu. Saya excited bila ada projek design baru untuk orang, rebranding, logo, poster, photo or video. But knowing based on 15 years of experience doing this, how clients typically thinks they know better but actually ruining everything, saya giveup. Itu yang non-confrontational tu kot. Dah tahu klien-klien ni ada perangai buatkan benda saya suka jadi tak best, jadi saya tak buat. Jadi buat passion project sahaja.

Faham, jawap Doktor. I'm excited to hear that tanah dekat kampung projek. I think if you get the opportunity, go for it. It can probably help a lot.

~~~~~~~~~~~~

Secara kasarnya mak & abah, inilah dia.

Neurodivergent, ADHD and autistic. Mild spectrum.

Everything is starting to make sense.

Kepala Dayat ni wired differently. See things and interpret things differently. Dalam kerja-kerja yang Dayat buat as a Creative Director, dulu dekat INVOKE, sekarang dekat Gading Marine and even dekat Studio HDJ, the initial process ialah dengan tanya soalan, "how do we do things differently?". Macamana nak go against the tide, defy convention dan sebagainya yang melawan idea kebiasaan. Sekarang, Doktor pula dah confirmkan yang memang dalam kepala ni tak ikut acuan apa yang society consider as normal, so make sense.

Tapi taknak pun guna the "mental health card" as an excuse. Especially dalam hal-hal famili yang tengah hadap sekarang ni. Cuma at the same time, susah. Tapi taknak kehilangan. Tapi tak tahu arah mana. Sebab dalam kepala ni constantly bila fikir nak buat something, dia akan automatik pre-rehearse everything. In the end, exhausted. Next day, repeat everything again and last-last, takda apa jadi.

Tapi tengah cuba and figuring it out.

~~~~~~~~~~~~

But, whatever happens, Dayat nak sambung apa yang abah dah mula dekat Port Dickson. Dan nanti, expand segala idea yang ada dalam kepala ni dekat Batu Kikir and mana-mana yang boleh jadi realiti.

Dalam mini-site ni ada 3 external link.

Studio HDJ yang dah pernah share tahun lepas. Personal website dan The Farm. Tiga benda ni dah boleh summarize apa yang ada dalam kepala Dayat tapi tengah figure out the brief detail. From time to time akan ada update.

Secara kasarnya, ideanya adalah untuk Defy Convention. Do things a different way. Bukan benda senang, tapi tulah kena start. Sebab kalau tak start, tak tahu apa akan jadi. Macamana? Akan di-figure out along the way.

Thank you.